DEPOSIT / PEMBAYARAN & DOKUMEN VISA
1. Pembayaran Deposit Awal (RM200.00/pax) dan borang pendaftaran online Wajib diisi dengan lengkap.
2 . Baki bayaran Deposit Penuh (RM800/pax) hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 minggu (21 hari) selepas deposit awal (RM200) dijelaskan.
3. Dokumen Visa yang lengkap dan pembayaran penuh pakej perlulah dijelaskan selewat-lewatnya 2 bulan (60 hari) sebelum tarikh penerbangan.
4. Pihak syarikat tidak akan bertangggungjawab atas kegagalan atau kehilangan mana-mana transaksi yang tidak dibuat terus ke akaun syarikat melalui platform online ini.
HARGA
1. Tarikh, aturcara dan jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa.
2. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa seperti :
- Kenaikan harga tambang, cukai tambang dan caj bahan api (kapal terbang)
- Tambahan harga Visa, pengangkutan, kadar hotel, kadar mata wang semasa, cukai kerajaan dan lain-lain perkara yang dikenakan oleh Arab Saudi
3. Sebarang pemindahan kepada laluan atau pertukaran tarikh atau aturcara adalah di atas risiko sendiri dan cas tambahan akan dikenakan
4. Tiada sebarang pemulangan tunai diberikan sekiranya tiket penerbangan, penginapan, makanan, program ziarah atau lain-lain perkhidmatan yang dinyatakan di dalam pakej tidak digunakan oleh jemaah atas sebab jemaah tersendiri.
5. Sebarang caj tambahan logistik, masa, penginapan, penerbangan atau apa-apa perkara berkaitan yang disebabkan oleh situasi Covid-19 adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.
KESELAMATAN
1. Syarikat berhak untuk membatalkan atau mengeluarkan perihal dalam
aturcara atau tempahan yang dibuat oleh jemaah atau menolak daripada menerima atau mengekalkan jemaah daripada menjadi sebahagian dari kumpulan sekiranya jemaah mengganggu keselamatan atau mendatangkan ketidakselesaan dalam kumpulan.
2. Syarikat berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya syarikat penerbangan, penginapan atau lain-lain vendor perkhidmatan yang tidak membenarkan mana-mana jemaah tertentu untuk menyertai kumpulan dan jika perkara ini berlaku, syarikat akan mengembalikan wang yang telah dibayar mengikut terma pembatalan.
PEMBATALAN PAKEJ
1. Fi Pentadbiran sebanyak RM400/pax akan dikenakan sebagai caj penalti sekiranya pembatalan secara rasmi kepada pihak syarikat ( cas ini TIDAK merangkumi kos tiket penerbangan, penginapan dan pengurusan visa sekiranya ada ).
2. Pengembalian wang bagi pembatalan yang dibuat secara bertulis kurang dari 2 bulan sebelum tarikh penerbangan adalah bergantung kepada kos yang telah dikeluarkan dan atas budi bicara syarikat.
3. Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya Jemaah tidak hadir pada tarikh pelepasan.
4. Pihak Syarikat berhak membatalkan perjalanan pakej di atas sebab tertentu seperti masalah visa, tiket penerbangan, pendemik, malapetaka, rusuhan, peperangan, dan yang mana di luar bidang kuasa syarikat. Pihak Syarikat boleh mengesyorkan perjalanan baru lebih kurang sama, tetapi jika ditolak, wang pengembalian adalah bergantung kepada kos yang telaj dikeluarkan dan caj pengurusan.
5. Pembatalan yang disebabkan oleh kematian, kemalangan dan Kesihatan, jumlah wang yang akan dikembalikan adalah bergantung kepada Syarikat penerbangan, penginapan dan bahagian berkaitan. Caj pengurusan sebanyak RM200/pax.
6. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas perbelanjaan atau pemulangan harga tambang bagi Jemaah yang dihalang pihak berkuasa imigresen dari memasuki negara yang dilawati.